
Tahukah anda bahawa tubuh kita mempunyai jam biologi yang berfungsi untuk menyusun aktiviti tubuh mengikut peraturannya? Jam biologi ini berfungsi mengatur waktu berehat, makan, bekerja, beriadah dan aktiviti lain selama 24 jam. Timer jam biologi ini dapat berjalan kerana adanya Suprachiasmatic Nuclei (SCN). Dengan mengetahui jam biologi tubuh kita, kita dapat mengetahui waktu optimum tubuh untuk melakukan sesuatu aktiviti sehingga aktiviti itu bermamfaat secara maksimum kepada kesihatan tubuh kita.
Aktiviti harian dapat dilakukan dengan lebih efisien tanpa perlu mengeluarkan tenaga maksimum sehingga menyebabkan badan kelesuan dan letih yang luar biasa. Ia juga berfungsi melindungi organ badan daripada rosak dan menua sebelum masanya.
Jika setiap hormon tubuh bekerja pada waktu-waktunya masalah kesihatan dapat dihindari. Badan juga akan kelihatan awet muda dan cergas walaupaun usia telah lewat.
No comments:
Post a Comment