Kulit yang bermasalah terutama bagi wanita adalah suatu perkara yang sangat merisaukan. Kita akan mencari pelbagai produk untuk menyelesaikan masalah kulit kusam, berminyak dan kering. Tetapi harga produk kecantikan yang mahal dipasaran menyebabkan kita tidak mampu untuk memiliki kulit wajah yang cantik.
Namun, anda jangan bimbang. Kita mempunyai cara yang mudah, jimat dan berkesan. Apakah yang anda perlu lakukan:-
1) Minum air masak
Sebaik sahaja anda bangun tidur, minumlah air masak sebelum anda mandi atau sebelum melakukan aktiviti lain. Ketika anda sedang tidur proses pembaikan sel, memulihkan tenaga dan menstabilkan hormon berlaku. Toksin dan bahan buangan lain akan dihasilkan. Dengan meminum air sebaik sahaja bangun dari tidur, akan membantu proses pembuangan toksin dari dalam badan. Dan seterusnya, nutrisi daripada sarapan yg kita ambil akan diserap oleh badan dengan lebih baik.

2)Tomato dan lobak
Jadikan jus tomato dan lobak minuman harian anda. Madu boleh ditambah ke dalam jus untuk menambah rasa manis pada minuman. Jika anda tidak berkemampuan meminumnya setiap hari, memadai seminggu sekali. Tomato dan lobak yang kaya dengan kandungan antioksida dan vitamin A dan B akan melindungi kulit daripada sinar UV,menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

3)Minyak zaitun & Delima
Biasakan diri mengambil minyak zaitun dan jus delima sebelum bersarapan pagi. Sesudu sudah memadai.Delima dan minyak zaitun mengandungi antioksida, vitamin E dan C yang sangat baik untuk kulit.
No comments:
Post a Comment