Sunday, January 10, 2016

7 Petua Penjagaan Wajah


                        



   
 

1) Segarkan Wajah – Untuk menyegarkan kulit muka pula anda boleh menggunakan epal hijau. Caranya ambil sebiji epal hijau dan kisar. Sapukan jus epal hijau ke seluruh wajah dan biarkan kering selama 10 ke 15 minit. Selepas itu cuci muka dengan air. Wajah akan berasa lebih segar jika diamalkan selalu.
2) Menghilangkan Tanda Hitam pada Siku Dan Lutut – Untuk menghilangkan tanda hitam atau kesan cela di bahagian badan, anda perlukan daun sirih, kapur dan minyak zaitun. Caranya ambil sehelai daun sirih dan sapukan sedikit kapur dan minyak zaitun ke atasnya. Selepas itu gosokkan pada bahagian siku dan lutut yang kehitaman. Seeloknya amalkan petua ini setiap hari.
3) Mendapatkan Kulit Cerah Dan Licin –  Anda hanya perlukan sebiji limau nipis yang telah dibelah dulu. Gosokkan limau nipis ke seluruh badan setiap kali sebelum mandi. Selain kulit akan menjadi lebih cerah dan licin, masalah bau badan pun akan hilang.
4) Menghilangkan Kesan Parut – Asam jawa pula boleh digunakan untuk menghilangkan kesan parut. Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan air. Sapukan ke tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering.
5) Menegangkan Kulit – Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tepung ubi kayu dan timun boleh membantu menegangkan kulit wajah. Caranya anda hanya perlu kisarkan timun dan selepas itu campurkan dengan sedikit tepung ubi kayu. Jadikan seperti pes. Sapukan ke bahagian muka dan biarkan sehingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air yang bersih.
6) Mengatasi Masalah Kulit Berkedut – Jika anda mempunyai masalah kulit berkedut pula, anda boleh cuba rahsia ini. Ambil sebatang lobak merah dan parut. Kemudian campurkan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan sehingga sebati dan sapukan ke kulit. Amalkan sekali sehari.
7) Menghilangkan Parut Jerawat – Tips untuk menghilangkan parut jerawat di wajah, ambil sedikit kulit kayu manis, kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Kisarkan atau tumbut hingga lumat. Sapukan ke kawasan muka yang mempunyai parut jerawat. Campuran ini juga boleh disapukan ke seluruh muka dan leher untuk menegangkan kulit.

No comments:

Post a Comment